----------------------------------
KELAB AL WAHIDA SELATAN(KAS) YANG DI PEMIMPIN OLEH PJS RAHMAT BIN DAIM DITUBUHKAN DIBAWAH NAUNGAN KELAB PEMIMPIN AL WAHIDA (KPA) YANG MANA PRESIDEN PJS HAFIZAN BIN FAUZI.
SETELAH BERNAUNG SELAMA SETAHUN KELAB KAS TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PENGARAH URUSAN HPA TUAN HJ. ISMAIL BIN HJ.AHMAD PADA 4HB. JULAI 2009 UNTUK MENTADBIR SENDIRI SEGALA URUSAN HPA DI NEGERI JOHOR. UCAPAN PENGARAH INI TELAH DIBUAT DI MAJLIS MINI KONVEK JOHOR YANG DIADAKAN DI UTHM PARIT RAJA, BATU PAHAT.
HARAPAN PENGARAH, PRESIDEN KAS TERUS MEMIMPIN KELAB DENGAN LEBIH GIGIH UNTUK MENJANA DAN MEMERTABATKAN HPA DI BUMI JOHOR. BELIAU BERHARAP KAS DAPAT MEMBANTU HPA BAGI ZON SELATAN.
SELAKU PRESIDEN KELAB KAS DAN SEMUA AHLI JAWATANKUASA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERI DAN BERJANJI AKAN BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH UNTUK MENJANA EKONOMI HPA DI JOHOR YANG MANA MOTTO KELAB KAMI "BERNIAGA DAN BERDAKWAH BERSAMA HPA".
PRINSIP-PRINSIP PLAN PEMASARAN HPA
-------------------------------------------------------------------------------
IHSAN (menepati syariah,membawa kebaikan dan keberkatan)
ADIL (bagi sesiapa yang berusaha,dia yang mendapat hasilnya)
TELUS ( jelas dan tidak ada keraguan dan sesuatu yang tersembunyi
dan bebas daripada perangkap )
DINAMIK ( mempunyai potensi untuk terus berkembang )
HPA
HPA dan ANAK SYARIKAT
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd – agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd – Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd – Produk kosmetik
USAHAWAN CILIK
Dengan niat tulus ikhlas dalam memperjuangkan makanan bersih suci dan halal, KAS telah menerajui satu aktiviti utama iaitu membentuk dan membawa anak-anak ke alam makanan yang berunsurkan MSG dan juga lemak binatang yang diragui kesuciannya.
Perjalanan ''hijrah'' ini memerlukan bimbingan yang berterusan.Oleh itu KAS membawa mereka kealam membenteras ''nafsu makan'' menjauhkan pemakanan kotor, jijik kepada yang lebih bersih, suci & halal dengan mengadakan program - USAHAWAN CILIK-
Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih bersih yang perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui.-Ingatlah makanan kamu membentuk keperibadian kamu-
Program ini berlangsung sehari dari 9.00pg hingga 5.00ptg Berumur dari 7thn -13thn dengan bayaran RM30 seorang termasuk makan/minum.
Anak-anak diingatkan hanya membawa peralatan sembahyang sahaja.Untuk keterangan lanjut sila hubungi URUSETIA- 012 3632187 atau 016 7703280
PBC Cilik bagi Penduduk Kulai dan persekitaran sila hubungi:
Pn Azie 0137338071,En Alie 0176741717,
Pn Samiah 013 7803165
SALAM AIDIL ADHA
Pada 20/11/2010 KAS telah menganjurkan ibadah qurban yang diketuai oleh PRESIDEN EN RAHMAT B. DAIM.
Bertempat di Taman Rekreasi Punggur Rengit.Ia adalah julung kali di anjurkan oleh KAS.
Pada 2 Oktober 2010 jam 8.00pg - 5.00ptg , Satu Majlis Perasmian Menara HPAIC telah di rasmikan oleh Tuan Hj Ismail Ahmad dan PJS Malaysia termasuk (Sabah dan Serawak) Indonesia, Brunei, Kemboja dan Thailand yang bertempat di Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Sek 13, Shah Alam, Selangor.Lebih 2000 ahli Hpa telah hadir untuk menjayakan Majlis tersebut.Bangunan Hpa International Center (HPAIC) yang bernilai hampir 60juta adalah satu kejayaan bagi seluruh Ahli HPA.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BARAKAH
Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ,pada semua ahli-ahli KAS tidak kira dimana berada juga keluarga tersayang.Semoga dengan kedatangan Ramadhan Barakah ini,akan menyatukan lagi hati-hati dan menambah eratkan ukwah antara kita bersama.Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas kerjasama yang diberikan yang mana KAS dapat bertapak Teguh pada masa lalu,dan diharapkan KAS akan mengorak langkah yang lebih maju lagi di tahun akan datang dengan izin Allah S.W.T.Kerjasama yang ikhlas dan jujur serta terbuka sangat-sangat dialukan dan diharapkan untuk tuaian yang lebih memberangsangkan lagi.
Akhir kata Selamat Beribadah di bulan Ramadhan Mulia ini dan Selamat Menyambut Aidilfitri 1431 Maaf Zahir dan Batin.
INFO TERKINI AKTIVITI KAS 2010
SATU PENGANUGERAHAN
KAS dengan rasa rendah hati tetapi berbangga dengan kerajinan ahli-ahli HPA. Baru-baru ini telah menganugerahkan sijil kenaikan pangkat kepada mereka yang layak dari PRX hingga ke PL melalui PBC yang telah diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang, Seri Malaysia Larkin Johor Bahru, Seri Pelangi Muar dan Hotel D'Impiana Inn Parit Raja. Tahniah kepada ahli-ahli HPA yang telah berjaya.
TAHNIAH - Juga kepada KAS yang telah dapat mengadakan mini PBC Usahawan Cilik bermula di Cawangan Pasir Gudang Siri 1, Cawangan Kluang Siri 2, Cawangan Parit Raja Siri 3, Cawangan Muar Siri 4, Kulai Siri 5 dan akan berlangsung siri ke 6 di Cawangan Bandar Baru Uda pada 26.09.2010.
TAHNIAH - Juga kepada Komiti Parit Raja yang telah dapat menjayakan kelas Al-Quran yang telah dipimpin oleh Ustaz Hasan bin Jamali bermula 20.04.2010 dan telah pun menjalani ujian pada 03.08..2010 di Hotel D'Impiana Inn Parit Raja.
TAHNIAH - Juga kepada Puan Azi dan PJ Ali yang telah dianugerahkan allah seorang Puteri Radix pada 1 ramadhan 2010.
TAKZIAH - Kepada Kak Aby Shoraiya dan keluarga di atas pemergian ibu tersayang pada 19.07.2010. Kami warga HPA mendoakan semoga allah mencucuri rahmat dan keredhaan ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama para solihin. Amin......
Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut
Tarikh: 2hb Oct 2010
0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
KEHALALAN AYAM TANPA WAS-WAS
Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.
“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.
Stok Ayam Organik HPA kini sudah ada di cawangan dan insyallah akan berterusan. Pastikan kita menikmati Ayam Halal HPA. Ini kerana ayam di pasaran sudah amat-amat di ragui kehalalan kerana di proses oleh syarikat non Muslim. Para PJS, Pelapis PJS, Komuniti, Leader-leader, dan HPA. Gempur Ayam Organik HPA. Jadikan Ayam Organik HPA untuk majlis berbuka puasa, kenduri arwah dan sebagainya
TAKZIAH
TAKZIAH kepada Pengurus Cawangan Hpa Rawang Pn Rozaidah Bt Elis yang kehilangan anak sulungnya bernama Adam Haziq 1 tahun kembali kerahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kerling Selangor pada petang Sabtu 14 Ogos 2010.
Kini Pn Rozaidah Bt Elis masih dirawat (kawalan rapi) di Wad 5B Hospital Selayang. Pn Rozaidah yang sedang mengandung 6 bulan mengalami kecederaan teruk dimuka (patah kedua dua tulang rahangnya). Walaubagaimanapun suami beliau En Mohd Azhar yang memandu kenderaan cuma mengalami kecederaan ringan.
Kejadian berlaku disekitar jam 6 petang Sabtu 14 Ogos di Jalan Tg Malim ke Kuala Kubu Baru dekat Pekan Kerling. Mereka bertiga (Ida, suami dan anak) menaiki kereta Proton Wira.